Wednesday

Menilai Kursus, Jangan Dengan Cara Yang Salah

Pertama kali saya menganjurkan Kursus Analisa Teknikal – Teknik Pattern/Breakout ialah pada 14hb Februari 2014 di Pusat Belia Antarabangsa yang dihadiri oleh 45 orang peserta.
Saya berkata secara bergurau semasa menyampaikan modul kepada mereka “Saya tidak perlu mempamerkan kemewahan saya untuk membuktikan kebenaran teknik ini. Cukuplah sekadar mengikuti analisis saya dalam Facebook untuk mengetahuinya”.
Saya harap sebahagian alumni yang hadir ada di dalam grup dan masih ingat kata-kata saya itu.
Hari ini 20hb Jan 2016, saya terbaca dalam Harian Metro bertarikh 19hb Jan 2016 dilaporkan beberapa individu telah tertipu berpuluh ribu ringgit seorang kerana menyertai kursus pelaburan forex. Yuran penyertaan ialah RM50,000 seorang. Malah ada yang lebih mahal bergantung kepada modul.
Antara teknik yang gunakan oleh penganjur untuk menggoda dan menarik penyertaan ialah dengan mempamerkan kemewahannya iaitu menunjukkan kereta mewahnya dan jumlah wang dalam bank. Ramai peserta terpesona lalu menyertainya dengan mengorbankan RM50,000. Begitu mahal yurannya…
Para alumni, harap beritahu kepada diri anda dan rakan-rakan anda untuk menilai sesuatu kursus jangan melihat kepada kemewahan penganjur atau speakernya, tidak kira samada kursus pelaburan saham, forex, emas, fcpo dan lain-lain.
Nilailah pada hasil kajiannya. Kemewahan boleh disangkal kerana kekayaan mungkin datang dari sumber lain. Tetapi hasil kajian tidak boleh disangkal.
Saya galakkan menyertai mana-mana kursus tetapi jangan sampai menjadi mangsa penipuan.

Tuesday

Apakah saham?

Masih ramai dikalangan masyarakat bumiputera tidak dapat gambaran sebenar tentang saham. Ini dibayangkan oleh banyak soalan-soalan yang diajukan di page tertentu ‘adakah ini forex?’ walaupun di sana sudah tertera jelas perkataan saham.

Bagi mereka yang sudah beberapa kali terjebak dalam beberapa skim piramid atau ponzi sering pula mengeluarkan komen yang negatif dan menyamakan pelaburan saham dengan skim-skim berkenaan.

Saham adalah saham. Forex adalah forex. 
Saham adalah berkaitan dengan modal syarikat manakala forex adalah berkaitan dengan matawang asing. Bagi mereka yang menganggap pelaburan ini seolah skim pelaburan piramid atau ponzi perlu difahami bahawa pelaburan di pasaran saham ini tiada kena mengena dengan penajaan ahli.

Saham dalam ertikata sebenar ialah bahagian pemilikan dalam sesuatu syarikat atau perniagaan. Apabila kita membeli saham bermakna kita adalah pemilik syarikat. Cuma yang menjadi persoalan ialah berapa peratus hak milik kita dalam syarikat berkenaan. Ini bermakna membeli dan menjual saham ialah membeli dan menjual syarikat.

Urusan membeli dan menjual ini boleh dilaksanakan di pasaran saham.
Apabila kita sudah membeli saham dan menjadi pemilik syarikat, kita boleh mendapat keuntungan melalui dua cara iaitu dividen dan untung modal.


Monday

Menangkap Jangan Sampai Terperangkap


Saham spekulasi ialah saham dimana harga digerakkan oleh berita yang disebarkan oleh pihak tertentu dan belum pasti kesahihannya. Harga saham ini akan meningkat secara mendadak apabila berleluasanya berita mengenainya. Selaras dengan kenaikan yang mendadak maka kejatuhanya juga akan mendadak. Ini bermakna saham ini berisiko tinggi tetapi keuntungan juga adalah tinggi dalam tempoh yang singkat. Ia selaras dengan hukum pelaburan iaitu “semakin tinggi risiko, semakin tinggi keuntungan dan semakin rendah risiko semakin rendah keuntungan”
Ingen, saham spekulasi yang memberi habuan lumayan
dan memangsakan spekulator

Saham spekulasi sentiasa dinanti dan menjadi buruan spekulator iaitu pelabur yang suka mengaut keuntungan yang cepat tetapi mengenepikan elemen fundamental dalam membuat keputusan. Bila munculnya saham spekulasi ini ada pihak yang mengaut keuntungan singkat dan lumayan tetapi  tidak kurang juga mengalami kerugian “lumayan”.

Yang untung lumayan pastinya dari mereka yang bijak menangkap dan yang rugi pula dari mereka yang suka menangkap tetapi sering terperangkap. Untuk menjana untung melalui saham spekulasi, ia  bukan saja memerlukan keberanian tetapi kebijaksanaan terutamanya dari segi “timing”. Petunjuk teknikal amat berguna dan membantu anda dalam perkara ini. Ia akan memberi petunjuk samada berita spekulasi tersebut masih peringkat awal dan belum mendapat reaksi yang meluas yang mana ia adalah masa terbaik jika anda ingin membelinya . Atau, adakah ia sudah mendapat reaksi yang luas dan harga sudah meningkat dengan cepat dan tinggi dimana risikonya terlalu tinggi jika anda memasukinya.

Jika anda adalah peminat saham spekulasi pastikan anda mempunyai kebijaksanaan dan pengetahuan teknikal yang secukupnya. Jika tidak anda perlu menjauhi saham seperti ini kerana ia tidak sesuai dengan anda.  http://kursuspelaburansaham.blogspot.com

Thursday

Jangan Suka Menyedapkan Hati

Satu sikap merbahaya yang perlu dijauhi oleh pelabur ialah “jangan suka menyedapkan hati”.

Maksud ungkapan ini ialah anda sering memberitahu diri anda sendiri bahawa saham yang anda pegang sekarang akan meningkat semula walaupun kini sudah ada tanda-tanda akan jatuh berterusan. Anda terus memegangnya kerana saham tersebut masih dalam kedudukan rugi dan kerana takutkan rugi maka anda enggan melepaskannya. Untuk menyedapkan hati maka anda mengandaikan bahawa ia pasti akan meningkat semula dalam tempoh singkat walaupun andaian anda tiada asas yang kukuh, lantaran anda memujuk diri sendiri supaya jangan menjualnya sekarang.  

Tingkatkan ilmu pengetahuan anda dari masa ke semasa
supaya situasi seperti tidak selalu berlaku 
Untuk menjadi pelabur yang berjaya, sila hindari sikap negatif ini. Jika  saham yang anda beli mempunyai petunjuk akan jatuh berterusan dan tiada potensi untuk meningkat maka anda perlu bertindak menjual secepat mungkin walaupun dalam keadaan rugi. Memang benar akan rugi tetapi tindakan demikian akan mengelakkan anda mengalami rugi yang lebih besar. Tindakan ini dipanggil sebagai cut loss. Mungkin anda boleh membeli semula jika ada petanda bahawa harga akan meningkat semula tetapi kemasukan semula itu mesti bersandarkan kepada asas yang kukuh samada teknikal atau fundamental.

Sebaik-baiknya gunakan petunjuk teknikal sebagai panduan. Apapun anda perlu mengetahui bagaimana untuk membaca petunjuk teknikal yang sebenar tidak sukar. Petunjuk teknikal akan memberi isyarat kepada anda dari segi masa sesuai (timing) untuk membeli dan menjual.

Maka nasihat saya, pelajarilah ilmu petunjuk teknikal untuk menjadikan anda sebagai pelabur yang lebih berjaya.                        



Wednesday

Pentingnya Mengetahui Tahap Sokongan Dan Halangan Sesuatu Saham


Tahap sokongan (support) dan halangan (resistance) adalah sebahagian daripada konsep asas yang anda perlu ketahui oleh para pelabur, tidak kira samada pelabur saham, forex atau komoditi.  Sokongan ialah tahap dimana harga terendah sesuatu saham itu boleh bertahan, manakala halangan ialah harga tertinggi yang dicapai oleh sesuatu saham.

Para peserta sedang tekun mendengar tunjuk ajar dari speaker dalam kursus
pelaburan yang lalu
Pelabur yang bijak perlu mengetahui tahap sokongan dan halangan ini supaya ia boleh mengetahui masa yang tepat untuk membeli dan menjual. Kegagalan mengetahui tahap-tahap tersebut akan menyebabkan melabur terperangkap kerana mungkin membeli pada harga yang sudah hampir dengan halangan iaitu satu tahap harga yang dianggap sudah terlalu tinggi. Sebaliknya jika anda mengetahuinya, anda boleh membeli ketika harga masih hampir dengan tahap sokongan dan mengelak membeli jika sudah jauh dari tahap sokongan.

Bagaimana untuk mencari atau mengenalpasti tahap sokongan dan halangan sesuatu saham? Anda sebagai pelabur boleh menggunakan carta (analisa teknikal) atau kaedah matematik? Anda boleh pelajari konsep ini dengan menyertai kursus, seminar atau bengkel saham.


Jangan Guna Salah Strategi Ketika Melabur


Bukan sedikit bilangan pelabur membeli saham tanpa mengetahui apakah objektif mereka membeli saham. Objektif merujuk kepada samada membeli untuk jangka pendeik, pertengahan atau panjang. Pentingnya mengetahui objektif ketika membeli saham ialah kerana setiap objektif harus disesuaikan dengan strategi yang sesuai. Jika pelabur menggunakan strategi yang tidak sesuai dengan objektifnya, maka  ia akan mengundang kegagalan.

Ada beberapa strategi dalam pelaburan antaranya sering kita dengar ialah strategi kontrarian dan strategi momentum. Yang mana satukah perlu seorang pelabur gunakan jika membeli saham untuk jangka pendek?. Jika pelabur tersalah strategi maka ia akan menerima padah. Untuk mengelakkan perkara ini maka adalah disyorkan supaya pelabur mengambil perhatian akan perkara ini.



Thursday

KURSUS PELABURAN SAHAM - KONSEP & STRATEGI


KURSUS PELABURAN SAHAM - KONSEP & STRATEGI
Tarikh   : 24 Mac 2013, Ahad (9.00 pg – 5.00 ptg)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, KL
Yuran    : RM290 (termasuk makan/minum – pg, tgh, ptg)
Tarikh Tutup Penyertaan - 19hb. Mac 2013


Antara Isi Kandungan Kursus;

- Kefahaman tentang konsep-konsep dan istilah-istilah yang wajib difahami oleh pelabur. 
- Membaca dan memahami carta & petunjuk teknikal (5 petunjuk teknikal yang popular) untuk 
  mendapatkan isyarat "beli dan jual" yang dicetuskan oleh carta/petunjuk teknikal. 
- Strategi-strategi pelaburan, yang mana sesuai untuk anda?
- Aktiviti korporat seperti terbitan hak, terbitan bonus, pecahan saham, penyatuan saham – apakah
  kesannya terhadap harga saham? Dan apakah yang perlu pelabur lakukan? 
- Tip-tip tentang beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk mengawal risiko. 
- Permohonan saham (IPO) melalui Peruntukan Saham Khas Bumiputera.
- Dan banyak lagi…. 


Siapa Yang Perlu Hadir?
Pendatang baru dalam pelaburan saham(newbie) 
Mereka yang ingin memperluaskan lagi pengetahuan dalam pasaran saham.

 PERCUMA !!!

- Buku RAHSIA PELABUR JUTAWAN (Bahasa Melayu) untuk 20 peserta terawal mendaftar.
- CD modul & ebook pelaburan.
Akaun CDS dan trading percuma
     - perserta perlu membawa salinan dokumen IC dan salinan buku bank 
       (muka hadapan) – layak untuk mendapat akses percuma ke dalam portal pelaburan.
-     - Tempat adalah terhad.....Yuran pandaftaran boleh dibuat melalui; 

             RHB Bank, a/c no:  25127200006715, (SJ Consult &   Management)

Untuk tempahan tempat dan pendaftaran, sila hubungi Sabri Jalil, 013-7233600, sabrijal@gmail.com.

Penginapan 
Pusat Belia Antarabangsa ada menyediakan tempat penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan. Kos penginapan adalah ditanggung oleh perserta. Untuk tempahan penginapan, anda boleh menghubungi 03-91719204/9205/9207 atau melayari http://www.iyckul.org.my/