Monday

Apakah Saham?


Ramai diantara para pelabur, walaupun sudah lama berkecimpung dalam pelaburan saham masih tidak dapat memberi takrifan yang tepat berkenaan saham.

Malah ada juga yang menyalahgunakan perkataan saham dengan mengujudkan program-program tertentu untuk menjana keuntungan. Perkataan saham pernah digunakan oleh satu skim cepat kaya untuk memancing orang-ramai menyertainya.

Tidak mengapa, disini saya akan menerangkan apakah sebenarnya saham.

Saham ialah bahagian pemilikan dalam sesuatu perniagaan atau syarikat. Jika anda mempunyai saham dalam sesuatu syarikat walaupun hanya seunit, bermakna anda adalah pemilik kepada syarikat tersebut. Yang membezakan anda dengan pemegang saham yang lain ialah peratusan pemilikan keatas syarikat tersebut.

Perkataan lain bagi saham ialah ekuiti.

Apabila anda mempunyai saham atau ekuiti dalam syarikat anda layak untuk mendapat dividen yang dibayar oleh syarikat.

Saham syarikat ada yang tersenarai dan ada yang tidak tersenarai. Bagi saham yang tersenarai anda boleh membeli dan menjual di pasaran saham. Pasaran saham di Malaysia dikenali sebagai Bursa Malaysia. Dulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur atau BSKL.

Di pasaran saham, Bursa Malaysia contohnya, pelabur boleh mencipta keuntungan melalui turun naik harga pasaran. Ini adalah matlamat utama bagi kebanyakan pelabur saham di pasaran saham.

- Sabri Jalil

Bagaimana Melabur Di Pasaran Saham?


Bagaimana memulakannya?

Pelabur perlu membuka dua jenis akaun di mana-mana syarikat broker saham iaitu akaun CDS dan akaun urusniaga (trading account) .

a) Akaun CDS (Central Depository System)

Pelabur perlu membuka akaun ini terlebih dahulu sebelum mem buka akaun urusniaga. Ia boleh dibuka di mana-mana syarikat broker saham.Pelabur boleh membuka atau memiliki lebih dari pada satu akaun tetapi setiap satu mesti dibuka dengan sya rikat broker saham yang berlainan.Akaun CDS berperanan untuk mendeposit serta menyimpan skrip-skrip saham yang dibeli.Se tiap saham yang dibeli akan dikreditkan atau dimasukkan secara automatik ke dalam akaun CDS. Sementara saham-saham yang dijual pula akan didebitkan atau dikeluarkan secara automatik. Kos untuk membuka akaun CDS ialah RM10.00

b) Akaun urusniaga (Trading account)

Selain akaun CDS, pelabur dimestikan membuka akaun urusniaga (trading account). Tanpa akaun ini urusniaga jual beli saham tidak dapat dilakukan oleh remisier. Seperti juga akaun CDS, pelabur dibenarkan memiliki lebih daripada satu akaun urus niaga tetapi setiap satu akaun mesti dibuka dengan syarikat broker saham yang berlainan. Tiada bayaran dikenakan untuk membuka akaun ini.

c) Bagaimana berurusniaga?

Asalkan pelabur sudah mempunyai kedua-dua akaun tersebut di atas, pelabur boleh mengarahkan remisier atau wakil peniaga saham untuk menjual atau membeli saham-saham pada harga dan jumlah yang diingini. Arahan boleh dibuat melalui telefon dan sebagainya. Ketika berurusniaga, pelabur perlu memberi tahu nombor akaun urusniaga.

d) Masa urusniaga

Urusniaga dikendalikan oleh BSKL lima hari seminggu iaitu Isnin hingga Jumaat melainkan hari cuti umum peringkat kebangsaan dan Wilayah Persekutuan. Pada hari cuti umum pe ringkat negeri, urusniaga tetap dijalankan. Urusniaga diba hagi kepada dua sessi setiap hari, iaitu;

Sessi pagi : 9.00am hingga 12.30pm

Sessi petang : 2.30pm hingga 5.00pm

Dapatkan pandangan tentang pelaburan saham dari Sabri Jalil, 013-7233600


Astro, Satu Lagi Durian Runtuh?


Saham Astro telah digantung daripada dagangan hari ini, 20 Julai 2009. Penggantungan berlaku hanya pada sessi pagi dan didagangkan semula pada sessi petang. Penggantungan adalah untuk memberi laluan tentang pengumuman penyusunan semula korporat yang melibatkan pelepasan pemegangan anak syarikat Astro di Indonesia dan India yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Pelupusan tersebut dijangka akan meringankan beban Astro dan meningkatkan kecekapan operasi Astro. Kesan daripada penyusunan semula ini, Astro akan mengembalikan modal kepada para pemegang sahamnya sebanyak RM1.00 sesaham.

Adakah wajar para pelabur membeli saham Astro sekarang?

Pada hari ini saham Astro ditutup pada harga RM3.44 iaitu 20 sen lebih rendah daripada harga sebelum penggantungan iaitu RM3.62.

OSK Research melaporkan saham Astro wajar untuk dibeli dan menetapkan sasaran pada harga RM4.20 sesaham.

Selain daripada peluang untuk membeli pada harga lebih rendah daripada sebelumnya, para pelabur akan meraih untung daripada pemulangan semula modal yang merupakan satu lagi durian runtuh selepas TM melakukan perkara yang sama. Selain itu pelabur juga akan meraih keuntungan daripada potensi kenaikan harga pada masa akan datang.

Kesimpulannya, saham Astro wajar dibeli.

- Sabri Jalil


Projek Air Selangor, Saham Apa Yang Naik?


Kerajaan Selangor dan Persekutuan kini sedang berunding untuk pengambilalihan projek pembekalan air di Selangor. Pengambilihan yang dijangka lengkap akhir Jun 2009 akan membolehkan kerajaan Selangor mengawal sepenuhnya pengurusan pembekalan air tersebut.

Berikut adalah saham-saham yang telah dan akan terus meningkat kesan daripada perundingan tersebut;

1. Kumpulan Perangsang Selangor (KPS)

Sebuah syarikat awam kerajaan negeri Selangor yang akan muncul sebagai syarikat terbesar dalam projek pembekalan air.

2. Puncak Niaga

Kerajaan Selangor menawarkan pembelian saham-saham dalam anak syarikat Puncak iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd pada harga antara 3.50 – 4.00 ringgit sesaham.

3. Gamuda

Antara aset yang akan diambilalih ialah SPLASH pada nilai RM800 juta dan ini akan memberi kuntungan kepada Gamuda.

4. IJM

IJM telahpun memenangi kontrak saluran air dari Pahang ke Selangor.


- Sabri Jalil.

Peluang Dalam Krisis


Baru-baru ini dalam acara Minggu Amanah Saham Malaysia di Johor Bahru, PNB telah mengumumkan unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) berjumlah 3.33 billion unit dan 2 billion unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW). Jumlah keseluruhan unit tambahan tersebut ialah 5.33 billion unit.

Setiap unit amanah bernilai RM1.00, bermakna ia bernila RM5.33 billion dan jumlah itulah yang akan dikutip oleh PNB dan kemudian dilaburkan supaya memberi pulangan kepada pelabur amanah saham.

Apakah mesej disebalik penerbitan unit tambahan tersebut?

Tindakan PNB memberi mesej bahawa dalam kegawatan ekonomi sekarang ia adalahpeluang untuk membeli saham-saham tersenarai di pasaran saham kerana harganya yang lebih rendah berbanding sebelumnya. Masih banyak saham-saham yang mempunyai asas kewangan yang kukuh tetapi harga pasarannya masih berada dibawah nilai sebenar.

Saham tersebut akan dijual apabila harga pasarannya mencapai tahap harga sebenar untuk meraih keuntungan dan kemudiannya diagih kepada pemegang unit amanah saham dalam bentuk dividen. Biasanya harga saham berkenaan akan mencapai nilai sebenar bila berlakunya pemulihan ekonomi.

Bagi pelabur individu yang ingin dan sedang menceburkan diri dalam pelaburan di pasaran saham langkah PNB seharusnya dijadikan panduan iaitu

“Beli ketika berlaku kejatuhan harga, jual ketika berlaku kenaikan harga”

Saya teringat pesanan pelabur terkemuka dunia, Warren Buffet (gambar) “terdapat peluang dalam krisis” . Adakah kita nampak peluang tersebut?

- Sabri Jalil

Saham Dan Amanah Saham, Apa Bezanya?



Masih ramai dikalangan masyarakat kita tidak dapat membezakan diantara saham dan amanah saham, agak mengejutkan ia termasuk dikalangan mereka dari golongan profesional dan yang berpendidikan tinggi.
Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita masih asing dengan ilmu kewangan yang seharusnya mereka kuasai sebagaimana masyarakat lain dimana penguasaan ilmu kewangan mereka amat baik sekali.
Bagi setengah masyarakat kita, saham dan amanah saham adalah sama. Kefahaman mereka mungkin berdasarkan andaian namanya yang hampir sama. Malah kedua-duanya juga adalah alat pelaburan. Maka bagi mereka amanah saham itu adalah saham.
Diringkaskan, amanah saham ialah dana yang dikumpulkan dari para pelabur oleh pengurus dana (seperti PNB) yang kemudiannya dilaburkan olehnya bagi pihak pelabur.
Semua atau sebahagian daripada dana yang dikumpulkan akan dilaburkan dalam pasaran saham yang selebihnya mungkin dilaburkan dalam sektor lain seperti hartanah, saham tak tersenarai dan lain-lain lagi.
Keuntungan dari pelaburan yang diuruskan oleh pengurus dana akan diagihkan kepada pelabur dalam bentuk dividen.
Amanah saham ada yang berharga tetap, contohnya ASB. Ada juga amanah saham yang berharga tidak tetap.
Bagi amanah saham yang berharga tetap, pelabur akan mendapat keuntungan dalam bentuk dividen.
Bagi amanah saham yang berharga tidak tetap pula, pelabur akan mendapat keuntungan dalam bentuk dividen dan kenaikan harga.
Namun amanah saham yang berharga tidak tetap mempunyai risiko kerana harganya bergerak mengikut pergerakan pasaran saham. Maka, kebijaksanaan adalah perlu sebelum melabur dalam amanah saham berharga tidak tetap.

- Sabri Jalil