Monday

Mencipta Untung Dari Kejatuhan Harga



Selepas kejatuhan pasaran ekoran berita krisis kewangan Dubai World semalam (30 N0vember 2009) , harga saham kembali meningkat hari ini. Pelabur yang mengambil kesempatan membeli saham kukuh semalam telah menjual hari ini untuk mengambil untung jangka pendek. Tindakan bijak dari mereka kerana mengambil peluang dari kejatuhan harga dan menjual apabila harga melantun semula...syabas....

Antara saham kukuh yang mengalami kejatuhan semalam ialah Haio, sebuah syarikat yang terlibat dalam perubatan dan kesihatan. Pada hari kejatuhan saham Haio mencecah RM6.40 namun memeningkat semula dan ditutup pada harga RM6.57.

Hari selepas kejatuhan (hari ini) Haio meningkat semula dan harga tertinggi sehingga laporan ini ditulis ialah RM7.17. Namun para pelabur yang membeli pada harga antara RM6.40 hingga RM6.50 semalam telah menjual hari ini untuk mengambil kesempatan lantunan harga, mereka berjaya menjual pada harga RM7.10 untuk meraih keuntungan dalam masa sehari sehingga 10.9%

Adalah satu langkah bijak untuk membeli saham yang kukuh bila berlaku kejatuhan harga yang berpunca daripada faktor luaran dan menjual bila berlaku lantunan harga. Strategi ini dipanggil sebagai contrarian yang banyak dipraktikkan oleh pelabur berjaya seperti Warren Buffet dan John Templeton.

Tidak kurang juga pelabur yang membeli saham pembinaan semalam terutama yang mempunyai projek di Dubai seperti WCT yang melantun semula hari ini. Mereka yang membali saham pembinaan juga meraih keuntungan kontra pada hari ini. Malah ada yang menjual WCT pada hari yang sama dengan meraih keuntungan sebanyak 3% (intraday gain).


- Sabri Jalil