Tuesday

Apakah saham?

Masih ramai dikalangan masyarakat bumiputera tidak dapat gambaran sebenar tentang saham. Ini dibayangkan oleh banyak soalan-soalan yang diajukan di page tertentu ‘adakah ini forex?’ walaupun di sana sudah tertera jelas perkataan saham.

Bagi mereka yang sudah beberapa kali terjebak dalam beberapa skim piramid atau ponzi sering pula mengeluarkan komen yang negatif dan menyamakan pelaburan saham dengan skim-skim berkenaan.

Saham adalah saham. Forex adalah forex. 
Saham adalah berkaitan dengan modal syarikat manakala forex adalah berkaitan dengan matawang asing. Bagi mereka yang menganggap pelaburan ini seolah skim pelaburan piramid atau ponzi perlu difahami bahawa pelaburan di pasaran saham ini tiada kena mengena dengan penajaan ahli.

Saham dalam ertikata sebenar ialah bahagian pemilikan dalam sesuatu syarikat atau perniagaan. Apabila kita membeli saham bermakna kita adalah pemilik syarikat. Cuma yang menjadi persoalan ialah berapa peratus hak milik kita dalam syarikat berkenaan. Ini bermakna membeli dan menjual saham ialah membeli dan menjual syarikat.

Urusan membeli dan menjual ini boleh dilaksanakan di pasaran saham.
Apabila kita sudah membeli saham dan menjadi pemilik syarikat, kita boleh mendapat keuntungan melalui dua cara iaitu dividen dan untung modal.