Showing posts with label dividen. Show all posts
Showing posts with label dividen. Show all posts

Thursday

Jangan Suka Menyedapkan Hati

Satu sikap merbahaya yang perlu dijauhi oleh pelabur ialah “jangan suka menyedapkan hati”.

Maksud ungkapan ini ialah anda sering memberitahu diri anda sendiri bahawa saham yang anda pegang sekarang akan meningkat semula walaupun kini sudah ada tanda-tanda akan jatuh berterusan. Anda terus memegangnya kerana saham tersebut masih dalam kedudukan rugi dan kerana takutkan rugi maka anda enggan melepaskannya. Untuk menyedapkan hati maka anda mengandaikan bahawa ia pasti akan meningkat semula dalam tempoh singkat walaupun andaian anda tiada asas yang kukuh, lantaran anda memujuk diri sendiri supaya jangan menjualnya sekarang.  

Tingkatkan ilmu pengetahuan anda dari masa ke semasa
supaya situasi seperti tidak selalu berlaku 
Untuk menjadi pelabur yang berjaya, sila hindari sikap negatif ini. Jika  saham yang anda beli mempunyai petunjuk akan jatuh berterusan dan tiada potensi untuk meningkat maka anda perlu bertindak menjual secepat mungkin walaupun dalam keadaan rugi. Memang benar akan rugi tetapi tindakan demikian akan mengelakkan anda mengalami rugi yang lebih besar. Tindakan ini dipanggil sebagai cut loss. Mungkin anda boleh membeli semula jika ada petanda bahawa harga akan meningkat semula tetapi kemasukan semula itu mesti bersandarkan kepada asas yang kukuh samada teknikal atau fundamental.

Sebaik-baiknya gunakan petunjuk teknikal sebagai panduan. Apapun anda perlu mengetahui bagaimana untuk membaca petunjuk teknikal yang sebenar tidak sukar. Petunjuk teknikal akan memberi isyarat kepada anda dari segi masa sesuai (timing) untuk membeli dan menjual.

Maka nasihat saya, pelajarilah ilmu petunjuk teknikal untuk menjadikan anda sebagai pelabur yang lebih berjaya.                        



Wednesday

Pentingnya Mengetahui Tahap Sokongan Dan Halangan Sesuatu Saham


Tahap sokongan (support) dan halangan (resistance) adalah sebahagian daripada konsep asas yang anda perlu ketahui oleh para pelabur, tidak kira samada pelabur saham, forex atau komoditi.  Sokongan ialah tahap dimana harga terendah sesuatu saham itu boleh bertahan, manakala halangan ialah harga tertinggi yang dicapai oleh sesuatu saham.

Para peserta sedang tekun mendengar tunjuk ajar dari speaker dalam kursus
pelaburan yang lalu
Pelabur yang bijak perlu mengetahui tahap sokongan dan halangan ini supaya ia boleh mengetahui masa yang tepat untuk membeli dan menjual. Kegagalan mengetahui tahap-tahap tersebut akan menyebabkan melabur terperangkap kerana mungkin membeli pada harga yang sudah hampir dengan halangan iaitu satu tahap harga yang dianggap sudah terlalu tinggi. Sebaliknya jika anda mengetahuinya, anda boleh membeli ketika harga masih hampir dengan tahap sokongan dan mengelak membeli jika sudah jauh dari tahap sokongan.

Bagaimana untuk mencari atau mengenalpasti tahap sokongan dan halangan sesuatu saham? Anda sebagai pelabur boleh menggunakan carta (analisa teknikal) atau kaedah matematik? Anda boleh pelajari konsep ini dengan menyertai kursus, seminar atau bengkel saham.


Jangan Guna Salah Strategi Ketika Melabur


Bukan sedikit bilangan pelabur membeli saham tanpa mengetahui apakah objektif mereka membeli saham. Objektif merujuk kepada samada membeli untuk jangka pendeik, pertengahan atau panjang. Pentingnya mengetahui objektif ketika membeli saham ialah kerana setiap objektif harus disesuaikan dengan strategi yang sesuai. Jika pelabur menggunakan strategi yang tidak sesuai dengan objektifnya, maka  ia akan mengundang kegagalan.

Ada beberapa strategi dalam pelaburan antaranya sering kita dengar ialah strategi kontrarian dan strategi momentum. Yang mana satukah perlu seorang pelabur gunakan jika membeli saham untuk jangka pendek?. Jika pelabur tersalah strategi maka ia akan menerima padah. Untuk mengelakkan perkara ini maka adalah disyorkan supaya pelabur mengambil perhatian akan perkara ini.



Monday

KURSUS BAGAIMANA MELABUR DI BURSA SAHAM - ASAS & STRATEGI.....DI KUANTAN, PAHANG



Kursus ini disasarkan kepada mereka mempunyai perancangan untuk melabur di bursa saham tetapi pengetahuan menjadi halangan untuk menceburinya. 

Bagaimanapun ia juga terbuka kepada mereka yang sudah menceburinya tetapi ingin memperluaskan pengetahuan. Ini memandangkan kebanyakan pelabur walaupun sudah beberapa tahun sudah menceburi tetapi banyak perkara-perkara asas masih tidak diketahui sedang ia amat mustahak untuk diketahui.

Antara topik-topik yang akan disentuh dalam kursus tersebut ialah seperti  berikut;

1.       Konsep asas dan istilah-istilah yang perlu diketahui oleh bakal pelabur dan pelabur.

2.       Menilai sesuatu saham adalah mustahak sebelum membeli saham sama seperti anda perlu membuat penilaian sebelum membeli rumah. Membeli saham yang kukuh dari segi kewangan adalah mustahak kerana saham seperti ini akan meningkat semula bila berlaku kejatuhan pasaran. Kursus ini akan menerangkan bagaimana dan apa criteria yang perlu diambil kira dalam menilai saham.

3.       Peserta kursus juga akan berkongsi pengetahuan dengan speaker  tentang situasi-situasi tertentu yang boleh diambil kesempatan untuk membeli saham.

4.       Yang paling menarik , kursus ini juga akan mendedahkan analisa teknikal yang sebenarnya tidak sukar untuk dipelajari dan difahami. Ia merangkumi analisa trend, petunjuk teknikal dan pattern analysis yang semuanya ini mudah untuk dipelajari dan difahami.

5.       Dalam bab analisa trend, peserta akan didedahkan bagaimana mengenal trend yang sedang meningkat, trend yang sedang menurun dan trend yang sedang mendatar. Samada trend  sedang meningkat, menurun atau mendatar, jika dapat menguasainya, ia akan memberi kelebihan kepada pelabur tentang bila masa untuk membeli dan menjual dalam jangka masa pendek dan sederhana. Analisa trend juga akan membeli isyarat kepada pelabur tentang perubahan trend yang menjadi panduan kepada pelabur untuk bertindak lebih awal. 

6.       Dalam bab petunjuk teknikal (technical indicator) peserta akan diajar bagaimana untuk mengesan atau mengenal pasti isyarat akan berlaku kenaikan dan kejatuhan harga sesuatu saham. Istilah yang selalu digunakan ialah buy signal dan sell signal.

7.       Manakala dalam bab pattern analysis peserta akan diberi kefahaman tentang bagaimana mengesan corak pergerakan harga masa lalu yang mana ia akan memberi gambaran hala tuju harga masa hadapan. Pattern analysis yang menekankan breakout trading ini digemari oleh Dan Zanger yang menjadikan pelaburannya yang bermula hanya dengan USD11,000 kepada USD18 juta dalamasa satu setengah tahun.

8.       Untuk maklumat lanjut tentang isi kandungan kursus ini, anda boleh menghubungi En. Sabri Jalil di talian 013-7233600.

9.       Untuk pendaftaran dan pengasahan kehadiran, anda boleh menghubungi En. Asrul Rumidi di talian 019-9104541

10.   Tempat adalah terhad !!!!!!....

Wednesday

Krisis Timur Tengah, Inikah Masanya Membeli Saham?


Pemimpin Libya, Muammaf Gaddafi


Pasaran saham di seluruh dunia menurun sejak beberapa minggu yang lalu berpunca daripada ketegangan di  Timur Tengah. Krisis terbaru ialah di Libya yang mencetuskan perang saudara dan ini melemahkan lagi sentimen pasaran saham termasuk Malaysia. 

Kebimbangan berlaku kerana ada pendapat menyatakan bahawa krisis akan berterusan ditambah lagi dengan tindakan kerajaan Amerika Syarikat yang mahu campur tangan dengan menghantar kapal perang tentera marinnya ke perairan berhampiran Libya.

Kebanyakan pelabur, terutamanya pelabur jangkapendek mengambil tindakan menjual pegangan akibat dari suasana panik dan ketegangan politik ini. Tindakan para pelabur ini mencetuskan tekanan jualan dan melemahkan sentimen pasaran. Sebarang kenaikan hanya dilihat sebagai sementara kerana kekurangan sokongan belian.

Disebalik sebahagian pelabur bertindak menjual saham-saham mereka, ada pula sebahagian pelabur mengambil kesempatan membeli saham-saham kerana harganya yang lebih rendah. Persoalannya bijakkah tindakan pelabur membeli saham ketika harganya jatuh?

Teringat saya pada pesanan pelabur tersohor dunia, Warrent Buffet, yang berbunyi "dalam krisis ada peluang". Mengambil kesempatan membeli ketika pasaran sedang panik dan menjual ketika keyakinan pelabur kembali semula. Inilah strategi yang berkesan bagi seorang pelabur tulin seperti Warren Buffet.

Sesungguhnya krisis akan melemahkan harga-harga saham dan ini adalah peluang terbaik untuk  membeli saham-saham yang berasas kukuh dengan harga yang lebih murah. Jika diamati  dari pengalaman-pengalaman yang lalu setiap krisis hanya memberi kesan sementara kepada pasaran saham. 

Pasaran akan meningkat semula apabila pelabur mendapati kirisis tidak membawa sebarang kesan serius keatas sesuatu ekonomi yang tidak terlibat dalam krisis seperti Malaysia. Sebagai contoh Perang Teluk II telah menjatuhkan saham seluruh dunia dengan teruk tetapi pulih semula beberapa minggu kemudian.

Seorang lagi pelabur terkemuka bertaraf billionair iaitu John Templeton yang berasal  Britain menggunakan strategi yang sama. Beliau bertindak membeli saham-saham tujuh syarikat penerbangan yang jatuh merudum di pasaran saham New York akibat daripada peristiwa "September 11". 

John Templeton berjaya meraih keuntungan berbillion dollar beberapa minggu selepas itu kerana kenaikan semula harga saham syarikat-syarikat penerbangan tersebut apabila kerajaan Amerika mengumumkan bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat penerbangan tersebut. 

Pengajaran  kita dari dua  orang pelabur terkemuka tersebut ialah bagaimana menilai sesuatu krisis yang berlaku dan sejauhmana ia akan mempengaruhi prestasi pasaran saham. Setiap krisis yang berlaku adalah bersifat sementara. Suasana panik di pasaran juga adalah fenomena sementara. Maka itu kejatuhan harga-harga saham akibat suasana panik ekoran  sesuatu krisis adalah bersifat sementara juga. Apatah lagi krisis yang berlaku itu bukanlah krisis ekonomi tetapi lebih kepada ketegangan politik. 

Bagi pelabur jangka pertengahan dan panjang, adalah satu perkara yang bijak membeli saham-saham berkualiti atau berasas kukuh ketika harga turut jatuh hasil akibat daripada krisis ini. Saham berkualiti yg mempunnyai kedudukan kewangan yang kukuh dan potensi yang baik pasti akan meningkat semula apabila keadaaan reda. 

Daripada sejarah pasaran saham, suasana kejatuhan kerana sesuatu peristiwa seperti selsema burung, tunjuk perasaan di medan Tiananmen, krisis Korea Selatan-Utara, peristiwa September 11 dan lain-lain hanya memberi kejutan sementara pada pasaran. 

Maka itu membeli ketika suasana krisis bersifat sementara ini adalah lebih kurang berisiko dan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjana keuntungan. Peluang ini biasanya diambil kesempatan oleh pelabur "contrarian". 

Bagaimanapun anda dinasihatkan hanya membeli saham-saham berasas kukuh dan saham berasas kukuh tidak semestinya yang berharga mahal.

Saya pasti krisis Timur Tengah juga bersifat sementara, maka inilah masanya untuk membeli  jika anda pelabur jangka panjang.  Bagi pelabur kontra atau jangka pendek,  jauhi pasaran buat sementara waktu.

- Sabri Jalil

Sunday

Kesan Januari, Akan Munculkah Lagi?

Pada setiap bulan Januari, indeks pasaran saham kita dikatakan selalu meningkat berbanding dengan bulan sebelumnya iaitu Disember tahun sebelumnya walaupun tiada peristiwa-peristiwa penting yang boleh mendorong harga-harga saham meningkat.

Sentimen pasaran seperti ini dikatakan sebagai semulajadi melainkan jika terdapat peristiwa negatif yang berlaku, maka pasaran akan menjadi sebaliknya.

Sejauhmanakah kebenaran pandangan ini? Statistik dibawah akan memberi jawapannya.

Jadual di bawah mempersembahkan Indeks Komposit untuk selama lima tahun yang membandingkan tahap tertinggi dan terendah diantara bulan Januari (tahun kini) dan tahap terendah bulan Disember (tahun lalu)
                          
                         Jadual  1: Indeks Komposit Untuk Januari & Disember

                                    Awal               Tertinggi        Terendah       Akhir

Dis  04             919.17             919.17             897.34             907.43
Jan  05             903.84             937.56             902.49             916.27

Dis  05             887.80             900.49             885.48             899.70
Jan  06             897.13             914.01             901.32             914.01

Dis  06             1080.11           1098.59           1060.36           1096.24
Jan  07            1117.09            1189.35           1106.06           1189.35

Dis  07             1419.34           1447.04           1391.61           1445.03
Jan  08             1435.68           1516.22           1354.48           1393.25

Dis  08             848.43             876.75             835.17             876.75
Jan  09             894.36             927.62             873.41             884.45

Dis  09             1266.71           1272.78           1255.66           1272.78
Jan  10             1275.75           1308.36           1259.16           1259.16

Sumber: http://finance .yahoo.com

Apakah dapatan daripada angka-angka di atas?

Indeks tertinggi dalam bulan Januari sentiasa lebih tinggi daripada indeks tertinggi dalam bulan Disember.manakala indeks terendah dalam bulan Januari juga lebih tinggi daripada indeks terendah dalam bulan Disember kecuali dalam Januari 2008.

Apabila tahap tertinggi dan terendah lebih tinggi pada bulan semasa berbanding bulan sebelumnya, maka kita akan dapat menyaksikan satu arah aliran meningkat dalam pasaran.

Oleh kerana arah aliran ini sentiasa berlaku dalam bulan Januari (sebagaimana yang dibuktikan oleh Jadual 1) maka fenomena ini dikenali sebagai Kesan Januari (Januari Effect)

Ia seharusnya menjadi panduan penting untuk pelabur. Pelabur boleh membeli pada bulan December tahun sebelumnya (pastikan ia saham yang berasas kukuh) dan menjual pada bulan Januari.

Adakah akan terdapat Kesan Januari untuk tahun 2011 nanti?

Dengan sokongan statistik yang dibentangkan tadi saya yakin ia akan berlaku lagi.

- Sabri Jalil                        

Monday

Bagaimana Melabur Di Pasaran Saham?


Bagaimana memulakannya?

Pelabur perlu membuka dua jenis akaun di mana-mana syarikat broker saham iaitu akaun CDS dan akaun urusniaga (trading account) .

a) Akaun CDS (Central Depository System)

Pelabur perlu membuka akaun ini terlebih dahulu sebelum mem buka akaun urusniaga. Ia boleh dibuka di mana-mana syarikat broker saham.Pelabur boleh membuka atau memiliki lebih dari pada satu akaun tetapi setiap satu mesti dibuka dengan sya rikat broker saham yang berlainan.Akaun CDS berperanan untuk mendeposit serta menyimpan skrip-skrip saham yang dibeli.Se tiap saham yang dibeli akan dikreditkan atau dimasukkan secara automatik ke dalam akaun CDS. Sementara saham-saham yang dijual pula akan didebitkan atau dikeluarkan secara automatik. Kos untuk membuka akaun CDS ialah RM10.00

b) Akaun urusniaga (Trading account)

Selain akaun CDS, pelabur dimestikan membuka akaun urusniaga (trading account). Tanpa akaun ini urusniaga jual beli saham tidak dapat dilakukan oleh remisier. Seperti juga akaun CDS, pelabur dibenarkan memiliki lebih daripada satu akaun urus niaga tetapi setiap satu akaun mesti dibuka dengan syarikat broker saham yang berlainan. Tiada bayaran dikenakan untuk membuka akaun ini.

c) Bagaimana berurusniaga?

Asalkan pelabur sudah mempunyai kedua-dua akaun tersebut di atas, pelabur boleh mengarahkan remisier atau wakil peniaga saham untuk menjual atau membeli saham-saham pada harga dan jumlah yang diingini. Arahan boleh dibuat melalui telefon dan sebagainya. Ketika berurusniaga, pelabur perlu memberi tahu nombor akaun urusniaga.

d) Masa urusniaga

Urusniaga dikendalikan oleh BSKL lima hari seminggu iaitu Isnin hingga Jumaat melainkan hari cuti umum peringkat kebangsaan dan Wilayah Persekutuan. Pada hari cuti umum pe ringkat negeri, urusniaga tetap dijalankan. Urusniaga diba hagi kepada dua sessi setiap hari, iaitu;

Sessi pagi : 9.00am hingga 12.30pm

Sessi petang : 2.30pm hingga 5.00pm

Dapatkan pandangan tentang pelaburan saham dari Sabri Jalil, 013-7233600