![]() |
| Tingkatkan ilmu pengetahuan anda dari masa ke semasa supaya situasi seperti tidak selalu berlaku |
Thursday
Jangan Suka Menyedapkan Hati
Wednesday
Pentingnya Mengetahui Tahap Sokongan Dan Halangan Sesuatu Saham
![]() |
| Para peserta sedang tekun mendengar tunjuk ajar dari speaker dalam kursus
pelaburan yang lalu
|
Jangan Guna Salah Strategi Ketika Melabur
Thursday
KURSUS PELABURAN SAHAM - KONSEP & STRATEGI
- Membaca dan memahami carta & petunjuk teknikal (5 petunjuk teknikal yang popular) untuk
mendapatkan isyarat "beli dan jual" yang dicetuskan oleh carta/petunjuk teknikal.
- Strategi-strategi pelaburan, yang mana sesuai untuk anda?
- Aktiviti korporat seperti terbitan hak, terbitan bonus, pecahan saham, penyatuan saham – apakah
kesannya terhadap harga saham? Dan apakah yang perlu pelabur lakukan?
- Tip-tip tentang beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk mengawal risiko.
- Permohonan saham (IPO) melalui Peruntukan Saham Khas Bumiputera.
- Dan banyak lagi….
Mereka yang ingin memperluaskan lagi pengetahuan dalam pasaran saham.
PERCUMA !!!
- Buku RAHSIA PELABUR JUTAWAN (Bahasa Melayu) untuk 20 peserta terawal mendaftar.
- CD modul & ebook pelaburan.
- Akaun CDS dan trading percuma
- perserta perlu membawa salinan dokumen IC dan salinan buku bank
(muka hadapan) – layak untuk mendapat akses percuma ke dalam portal pelaburan.
Monday
KURSUS BAGAIMANA MELABUR DI BURSA SAHAM - ASAS & STRATEGI.....DI KUANTAN, PAHANG
1. Konsep asas dan istilah-istilah yang perlu diketahui oleh bakal pelabur dan pelabur.
2. Menilai sesuatu saham adalah mustahak sebelum membeli saham sama seperti anda perlu membuat penilaian sebelum membeli rumah. Membeli saham yang kukuh dari segi kewangan adalah mustahak kerana saham seperti ini akan meningkat semula bila berlaku kejatuhan pasaran. Kursus ini akan menerangkan bagaimana dan apa criteria yang perlu diambil kira dalam menilai saham.
3. Peserta kursus juga akan berkongsi pengetahuan dengan speaker tentang situasi-situasi tertentu yang boleh diambil kesempatan untuk membeli saham.
4. Yang paling menarik , kursus ini juga akan mendedahkan analisa teknikal yang sebenarnya tidak sukar untuk dipelajari dan difahami. Ia merangkumi analisa trend, petunjuk teknikal dan pattern analysis yang semuanya ini mudah untuk dipelajari dan difahami.
5. Dalam bab analisa trend, peserta akan didedahkan bagaimana mengenal trend yang sedang meningkat, trend yang sedang menurun dan trend yang sedang mendatar. Samada trend sedang meningkat, menurun atau mendatar, jika dapat menguasainya, ia akan memberi kelebihan kepada pelabur tentang bila masa untuk membeli dan menjual dalam jangka masa pendek dan sederhana. Analisa trend juga akan membeli isyarat kepada pelabur tentang perubahan trend yang menjadi panduan kepada pelabur untuk bertindak lebih awal.
6. Dalam bab petunjuk teknikal (technical indicator) peserta akan diajar bagaimana untuk mengesan atau mengenal pasti isyarat akan berlaku kenaikan dan kejatuhan harga sesuatu saham. Istilah yang selalu digunakan ialah buy signal dan sell signal.
7. Manakala dalam bab pattern analysis peserta akan diberi kefahaman tentang bagaimana mengesan corak pergerakan harga masa lalu yang mana ia akan memberi gambaran hala tuju harga masa hadapan. Pattern analysis yang menekankan breakout trading ini digemari oleh Dan Zanger yang menjadikan pelaburannya yang bermula hanya dengan USD11,000 kepada USD18 juta dalamasa satu setengah tahun.
8. Untuk maklumat lanjut tentang isi kandungan kursus ini, anda boleh menghubungi En. Sabri Jalil di talian 013-7233600.
9. Untuk pendaftaran dan pengasahan kehadiran, anda boleh menghubungi En. Asrul Rumidi di talian 019-9104541
10. Tempat adalah terhad !!!!!!....
Saturday
Apakah Syarikat Yg Pertama Menerbitkan Saham?
Bagi sahabat-sahabat yang pernah belajar Sejarah Asia Tenggara mungkin tidak pernah menyedari bahawa Syarikat Hindia Timur Belanda @ VOC adalah syarikat awam pertama di dunia yang menerbitkan saham.
Ditubuhkan pada 1602, VOC diberi tanggungjawab memonopoli perdagangan komoditi terutamanya rempah ratus di Asia Timur dan Tenggara termasuk Tanah Melayu. VOC telah membayar dividen sebanyak 18% setahun selama 200 tahun sehinggalah dibubarkan pada tahun 1799. Itu adalah satu pembayaran dividen yg lumayan kepada pelabur.
VOC bukan sahaja menjadi syarikat awam pertama di dunia tetapi juga syarikat multinasional yg pertama didunia.
Kerajaan US Mencetak Wang...Apakah Kesan Keatas Harga-Harga Saham?
Monday
Berapa Modal Minimum?
Sektor "Rubber Glove", Kaunter Pilihan

Sektor rubberglove dikategorikan sebagai growth sector, iaitu sektor yg mempunyai potensi tinggi untuk berkembang sejak hujung tahun 2008 berdasarkan kpd permintaan rubberglove yg semakin meningkat setiap tahun.
Pada tahun ini permintaan dijangka meningkat sebanyak 4% diseluruh dunia.
Kenaikan harga kos dijangka tidak menjejaskan prestasi sector rubberglove kerana sykt pengeluar biasa menyerapkan harga kpd pelanggan memandangkan ia barangan wajib bagi sektor kesihatan.
Bagaimanapun buat masa ini kaunter-kaunter berkenaan sedang melalui proses pembetulan atau kejatuhan sementara sebelum bergerak kearah harga yg disasarkan (target price). Ini berikutan volume pembelian yg begitu tinggi sebelum ini membuatkan para pelabur mengambil keuntungan terlebih dahulu terutamanya sebelum perayaan tahun baru cina.
Seminggu sebelum tahun baru cina saya menjangkakan harga akan lebih rendah(sebagaimana kebiasaan pd tahun-tahun sebelumnya) dan akan meningkat semula selepas tahun baru cina kerana pelabur akan melepaskan pegangan untuk bercuti.
Berikut adalah kaunter2 dalam sektor rubberglove;
| Kaunter | Harga Sasaran | Harga Kini |
| Adventa | 5.44 | 3.46 |
| Hartalega | 8.30 – 11.24 | 7.30 |
| Kossan | 9.52 | 6.12 |
| Latexx | 5.44 | 3.74 |
| Topglove | 12.40 – 15.90 | 11.18 |
| Rubberrex | n.a. | 2.65 |
| IRCB | n.a. | 1.27 |
Pelabur juga disarankan tidak terlepas pandang kepada sektor electronic yg dikategorikan sebagai cyclical stock iaitu saham yg meningkat harganya mengikut kitaran pertumbuhan ekonomi.
Permintaan barangan semiconductor meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomidunia. Ekonomi Malaysia dijangka meningkat antara 3.5 - 5.0 peratus pada tahun ini setelah mengalami pertumbuhan negatif (iaitu kemelesetan) pada 2009.
Antara kaunter yg terlibat dalam sektor ini ialah Unisem dan MPI. Bagaimanapun saya lebih suka kpd Unisem memandangkan kos pelaburan yg diperlukan adalah rendah.
- Sabri Jalil
Mencipta Untung Dari Kejatuhan Harga


Selepas kejatuhan pasaran ekoran berita krisis kewangan Dubai World semalam (30 N0vember 2009) , harga saham kembali meningkat hari ini. Pelabur yang mengambil kesempatan membeli saham kukuh semalam telah menjual hari ini untuk mengambil untung jangka pendek. Tindakan bijak dari mereka kerana mengambil peluang dari kejatuhan harga dan menjual apabila harga melantun semula...syabas....
Antara saham kukuh yang mengalami kejatuhan semalam ialah Haio, sebuah syarikat yang terlibat dalam perubatan dan kesihatan. Pada hari kejatuhan saham Haio mencecah RM6.40 namun memeningkat semula dan ditutup pada harga RM6.57.
Hari selepas kejatuhan (hari ini) Haio meningkat semula dan harga tertinggi sehingga laporan ini ditulis ialah RM7.17. Namun para pelabur yang membeli pada harga antara RM6.40 hingga RM6.50 semalam telah menjual hari ini untuk mengambil kesempatan lantunan harga, mereka berjaya menjual pada harga RM7.10 untuk meraih keuntungan dalam masa sehari sehingga 10.9%
Adalah satu langkah bijak untuk membeli saham yang kukuh bila berlaku kejatuhan harga yang berpunca daripada faktor luaran dan menjual bila berlaku lantunan harga. Strategi ini dipanggil sebagai contrarian yang banyak dipraktikkan oleh pelabur berjaya seperti Warren Buffet dan John Templeton.
Tidak kurang juga pelabur yang membeli saham pembinaan semalam terutama yang mempunyai projek di Dubai seperti WCT yang melantun semula hari ini. Mereka yang membali saham pembinaan juga meraih keuntungan kontra pada hari ini. Malah ada yang menjual WCT pada hari yang sama dengan meraih keuntungan sebanyak 3% (intraday gain).
- Sabri Jalil
Apakah Saham?

Ramai diantara para pelabur, walaupun sudah lama berkecimpung dalam pelaburan saham masih tidak dapat memberi takrifan yang tepat berkenaan saham.
Malah ada juga yang menyalahgunakan perkataan saham dengan mengujudkan program-program tertentu untuk menjana keuntungan. Perkataan saham pernah digunakan oleh satu skim cepat kaya untuk memancing orang-ramai menyertainya.
Tidak mengapa, disini saya akan menerangkan apakah sebenarnya saham.
Saham ialah bahagian pemilikan dalam sesuatu perniagaan atau syarikat. Jika anda mempunyai saham dalam sesuatu syarikat walaupun hanya seunit, bermakna anda adalah pemilik kepada syarikat tersebut. Yang membezakan anda dengan pemegang saham yang lain ialah peratusan pemilikan keatas syarikat tersebut.
Perkataan lain bagi saham ialah ekuiti.
Apabila anda mempunyai saham atau ekuiti dalam syarikat anda layak untuk mendapat dividen yang dibayar oleh syarikat.
Saham syarikat ada yang tersenarai dan ada yang tidak tersenarai. Bagi saham yang tersenarai anda boleh membeli dan menjual di pasaran saham. Pasaran saham di
Di pasaran saham,
- Sabri Jalil
Bagaimana Melabur Di Pasaran Saham?

Bagaimana memulakannya?
Pelabur perlu membuka dua jenis akaun di mana-mana syarikat broker saham iaitu akaun CDS dan akaun urusniaga (trading account) .
a) Akaun CDS (Central Depository System)
Pelabur perlu membuka akaun ini terlebih dahulu sebelum mem buka akaun urusniaga. Ia boleh dibuka di mana-mana syarikat broker saham.Pelabur boleh membuka atau memiliki lebih dari pada satu akaun tetapi setiap satu mesti dibuka dengan sya rikat broker saham yang berlainan.Akaun CDS berperanan untuk mendeposit serta menyimpan skrip-skrip saham yang dibeli.Se tiap saham yang dibeli akan dikreditkan atau dimasukkan secara automatik ke dalam akaun CDS. Sementara saham-saham yang dijual pula akan didebitkan atau dikeluarkan secara automatik.
b) Akaun urusniaga (Trading account)
Selain akaun CDS, pelabur dimestikan membuka akaun urusniaga (trading account). Tanpa akaun ini urusniaga jual beli saham tidak dapat dilakukan oleh remisier. Seperti juga akaun CDS, pelabur dibenarkan memiliki lebih daripada satu akaun urus niaga tetapi setiap satu akaun mesti dibuka dengan syarikat broker saham yang berlainan. Tiada bayaran dikenakan untuk membuka akaun ini.
c) Bagaimana berurusniaga?
Asalkan pelabur sudah mempunyai kedua-dua akaun tersebut di atas, pelabur boleh mengarahkan remisier atau wakil peniaga saham untuk menjual atau membeli saham-saham pada harga dan jumlah yang diingini. Arahan boleh dibuat melalui telefon dan sebagainya. Ketika berurusniaga, pelabur perlu memberi tahu nombor akaun urusniaga.
d) Masa urusniaga
Urusniaga dikendalikan oleh BSKL
Sessi pagi : 9.00am hingga 12.30pm
Sessi petang : 2.30pm hingga 5.00pm
Dapatkan pandangan tentang pelaburan saham dari Sabri Jalil, 013-7233600
Astro, Satu Lagi Durian Runtuh?

Saham Astro telah digantung daripada dagangan hari ini, 20 Julai 2009. Penggantungan berlaku hanya pada sessi pagi dan didagangkan semula pada sessi petang. Penggantungan adalah untuk memberi laluan tentang pengumuman penyusunan semula korporat yang melibatkan pelepasan pemegangan anak syarikat Astro di Indonesia dan
Pelupusan tersebut dijangka akan meringankan beban Astro dan meningkatkan kecekapan operasi Astro. Kesan daripada penyusunan semula ini, Astro akan mengembalikan modal kepada para pemegang sahamnya sebanyak RM1.00 sesaham.
Adakah wajar para pelabur membeli saham Astro sekarang?
OSK Research melaporkan saham Astro wajar untuk dibeli dan menetapkan sasaran pada harga RM4.20 sesaham.
Selain daripada peluang untuk membeli pada harga lebih rendah daripada sebelumnya, para pelabur akan meraih untung daripada pemulangan semula modal yang merupakan satu lagi durian runtuh selepas TM melakukan perkara yang sama. Selain itu pelabur juga akan meraih keuntungan daripada potensi kenaikan harga pada masa akan datang.
Kesimpulannya, saham Astro wajar dibeli.
- Sabri Jalil
Projek Air Selangor, Saham Apa Yang Naik?

Kerajaan Selangor dan Persekutuan kini sedang berunding untuk pengambilalihan projek pembekalan air di Selangor. Pengambilihan yang dijangka lengkap akhir Jun 2009 akan membolehkan kerajaan Selangor mengawal sepenuhnya pengurusan pembekalan air tersebut.
- Sabri Jalil.
Peluang Dalam Krisis

Baru-baru ini dalam acara Minggu Amanah Saham Malaysia di Johor Bahru, PNB telah mengumumkan unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) berjumlah 3.33 billion unit dan 2 billion unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW). Jumlah keseluruhan unit tambahan tersebut ialah 5.33 billion unit.
Setiap unit amanah bernilai RM1.00, bermakna ia bernila RM5.33 billion dan jumlah itulah yang akan dikutip oleh PNB dan kemudian dilaburkan supaya memberi pulangan kepada pelabur amanah saham.
Apakah mesej disebalik penerbitan unit tambahan tersebut?
Tindakan PNB memberi mesej bahawa dalam kegawatan ekonomi sekarang ia adalahpeluang untuk membeli saham-saham tersenarai di pasaran saham kerana harganya yang lebih rendah berbanding sebelumnya. Masih banyak saham-saham yang mempunyai asas kewangan yang kukuh tetapi harga pasarannya masih berada dibawah nilai sebenar.
Saham tersebut akan dijual apabila harga pasarannya mencapai tahap harga sebenar untuk meraih keuntungan dan kemudiannya diagih kepada pemegang unit amanah saham dalam bentuk dividen. Biasanya harga saham berkenaan akan mencapai nilai sebenar bila berlakunya pemulihan ekonomi.
Bagi pelabur individu yang ingin dan sedang menceburkan diri dalam pelaburan di pasaran saham langkah PNB seharusnya dijadikan panduan iaitu
“Beli ketika berlaku kejatuhan harga, jual ketika berlaku kenaikan harga”
Saya teringat pesanan pelabur terkemuka dunia, Warren Buffet (gambar) “terdapat peluang dalam krisis” . Adakah kita nampak peluang tersebut?
- Sabri Jalil
Saham Dan Amanah Saham, Apa Bezanya?







