Masih ramai dikalangan masyarakat bumiputera tidak dapat
gambaran sebenar tentang saham. Ini dibayangkan oleh banyak soalan-soalan yang
diajukan di page tertentu ‘adakah ini forex?’ walaupun di sana sudah tertera
jelas perkataan saham.
Bagi mereka yang sudah beberapa kali terjebak dalam beberapa
skim piramid atau ponzi sering pula mengeluarkan komen yang negatif dan
menyamakan pelaburan saham dengan skim-skim berkenaan.
Saham adalah saham. Forex adalah forex.
Saham adalah berkaitan dengan modal syarikat manakala forex adalah berkaitan dengan matawang asing. Bagi mereka yang menganggap pelaburan ini seolah skim pelaburan piramid atau ponzi perlu difahami bahawa pelaburan di pasaran
saham ini tiada kena mengena dengan penajaan ahli.
Saham dalam ertikata sebenar ialah bahagian pemilikan dalam
sesuatu syarikat atau perniagaan. Apabila kita membeli saham bermakna kita
adalah pemilik syarikat. Cuma yang menjadi persoalan ialah berapa peratus hak
milik kita dalam syarikat berkenaan. Ini bermakna membeli dan menjual saham
ialah membeli dan menjual syarikat.
Urusan membeli dan menjual ini boleh dilaksanakan di pasaran
saham.
Apabila kita sudah membeli saham dan menjadi
pemilik syarikat, kita boleh mendapat keuntungan melalui dua cara iaitu dividen
dan untung modal.