Monday

Sektor "Rubber Glove", Kaunter Pilihan

Sektor rubberglove dikategorikan sebagai growth sector, iaitu sektor yg mempunyai potensi tinggi untuk berkembang sejak hujung tahun 2008 berdasarkan kpd permintaan rubberglove yg semakin meningkat setiap tahun.

Pada tahun ini permintaan dijangka meningkat sebanyak 4% diseluruh dunia.

Kenaikan harga kos dijangka tidak menjejaskan prestasi sector rubberglove kerana sykt pengeluar biasa menyerapkan harga kpd pelanggan memandangkan ia barangan wajib bagi sektor kesihatan.

Kaunter-kaunter rubber glove dipandang sgt positif oleh kebanyakan penganalisis dan dijangka akan terus meningkat sejajar dgn permintaan yg terus berkembang.

Bagaimanapun buat masa ini kaunter-kaunter berkenaan sedang melalui proses pembetulan atau kejatuhan sementara sebelum bergerak kearah harga yg disasarkan (target price). Ini berikutan volume pembelian yg begitu tinggi sebelum ini membuatkan para pelabur mengambil keuntungan terlebih dahulu terutamanya sebelum perayaan tahun baru cina.

Seminggu sebelum tahun baru cina saya menjangkakan harga akan lebih rendah(sebagaimana kebiasaan pd tahun-tahun sebelumnya) dan akan meningkat semula selepas tahun baru cina kerana pelabur akan melepaskan pegangan untuk bercuti.

Berikut adalah kaunter2 dalam sektor rubberglove;

Kaunter

Harga Sasaran

Harga Kini

Adventa

5.44

3.46

Hartalega

8.30 – 11.24

7.30

Kossan

9.52

6.12

Latexx

5.44

3.74

Topglove

12.40 – 15.90

11.18

Rubberrex

n.a.

2.65

IRCB

n.a.

1.27

Kesimpulannya sektor rubber glove adalah sector yg boleh dibeli pada tahun ini kerana potensi pertumbuhan yg tinggi (growth strategy).

Pelabur juga disarankan tidak terlepas pandang kepada sektor electronic yg dikategorikan sebagai cyclical stock iaitu saham yg meningkat harganya mengikut kitaran pertumbuhan ekonomi.

Permintaan barangan semiconductor meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomidunia. Ekonomi Malaysia dijangka meningkat antara 3.5 - 5.0 peratus pada tahun ini setelah mengalami pertumbuhan negatif (iaitu kemelesetan) pada 2009.

Antara kaunter yg terlibat dalam sektor ini ialah Unisem dan MPI. Bagaimanapun saya lebih suka kpd Unisem memandangkan kos pelaburan yg diperlukan adalah rendah.


- Sabri Jalil

No comments:

Post a Comment