Pada setiap bulan Januari, indeks pasaran saham kita dikatakan selalu meningkat berbanding dengan bulan sebelumnya iaitu Disember tahun sebelumnya walaupun tiada peristiwa-peristiwa penting yang boleh mendorong harga-harga saham meningkat.
Sentimen pasaran seperti ini dikatakan sebagai semulajadi melainkan jika terdapat peristiwa negatif yang berlaku, maka pasaran akan menjadi sebaliknya.
Sejauhmanakah kebenaran pandangan ini? Statistik dibawah akan memberi jawapannya.
Jadual di bawah mempersembahkan Indeks Komposit untuk selama lima tahun yang membandingkan tahap tertinggi dan terendah diantara bulan Januari (tahun kini) dan tahap terendah bulan Disember (tahun lalu)
Jadual 1: Indeks Komposit Untuk Januari & Disember
Awal Tertinggi Terendah Akhir
Dis 04 919.17 919.17 897.34 907.43
Jan 05 903.84 937.56 902.49 916.27
Dis 05 887.80 900.49 885.48 899.70
Jan 06 897.13 914.01 901.32 914.01
Dis 06 1080.11 1098.59 1060.36 1096.24
Jan 07 1117.09 1189.35 1106.06 1189.35
Dis 07 1419.34 1447.04 1391.61 1445.03
Jan 08 1435.68 1516.22 1354.48 1393.25
Dis 08 848.43 876.75 835.17 876.75
Jan 09 894.36 927.62 873.41 884.45
Dis 09 1266.71 1272.78 1255.66 1272.78
Jan 10 1275.75 1308.36 1259.16 1259.16
Sumber: http://finance .yahoo.com
Apakah dapatan daripada angka-angka di atas?
Indeks tertinggi dalam bulan Januari sentiasa lebih tinggi daripada indeks tertinggi dalam bulan Disember.manakala indeks terendah dalam bulan Januari juga lebih tinggi daripada indeks terendah dalam bulan Disember kecuali dalam Januari 2008.
Apabila tahap tertinggi dan terendah lebih tinggi pada bulan semasa berbanding bulan sebelumnya, maka kita akan dapat menyaksikan satu arah aliran meningkat dalam pasaran.
Oleh kerana arah aliran ini sentiasa berlaku dalam bulan Januari (sebagaimana yang dibuktikan oleh Jadual 1) maka fenomena ini dikenali sebagai Kesan Januari (Januari Effect)
Ia seharusnya menjadi panduan penting untuk pelabur. Pelabur boleh membeli pada bulan December tahun sebelumnya (pastikan ia saham yang berasas kukuh) dan menjual pada bulan Januari.
Adakah akan terdapat Kesan Januari untuk tahun 2011 nanti?
Dengan sokongan statistik yang dibentangkan tadi saya yakin ia akan berlaku lagi.
- Sabri Jalil