“Saya fobia tengok kawan-kawan saya rugi melabur dalam pasaran saham”.
Itulah ungkapan yang diberikan kepada saya. Anehnya ungkapan itu keluar dari seseorang yang bergelar ahli akademik dalam bidang yang berkaitan perniagaan. Hati saya bertanya kenapa tidak dibuat kajian mengapa kawan-kawan itu rugi?
Dalam apa jua perniagaan ada yang gagal, ada yang berjaya. Begitu juga dalam dunia pelaburan tidak kira samada pasaran saham, pasaran hadapan (derivative) ataupun forex. Ada yang selalu untung, ada yang kerap rugi.
Mengapa ada yang berjaya dan ada yang gagal?. Persoalan inilah yang perlu kita rungkaikan agar ia menjadi renungan dan jawapan kepada ungkapan di atas.
Para pelabur atau bakal pelabur seharusnya mengambil orang yang berjaya sebagai model tetapi bukan mengambil orang yang gagal sebagai model justeru mengelak daripada menceburkan diri dalam sesuatu bidang.
Dalam bidang apapun walaupun risikonya amat rendah kita tetap akan gagal seandainya kita sentiasa mengambil orang yang gagal sebagai model.
Dalam pasaran saham, sebelum kita membeli sesuatu saham adakah pelabur yang rugi ini pernah mengambil kira persoalan-persoalan yang selalu diambil kira oleh pelabur tulen berikut;
1. Apakah kekuatan kewangan sesebuah syarikat? Iaitu berapakah nisbah kecairan, nisbah hutang-ekuiti, nilai asset bersih sesaham, pendapatan sesaham dll.
2. Apakah rancangan perniagaan sesuatu syarikat pada masa akan datang? Dan juga business modelnya
3. Bagaimanakah rekod keuntungan dan pembayaran dividen untuk sekurang-kurangnya 5 tahun yang lalu dan apakah prospek keuntungan akan datang?
4. Adakah memahami perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah syarikat berkenaan?
Banyak lagi persoalan-persoalan yang diambil kira dalam menilai sesuatu saham. Walaupun anda mungkin gemar menggunakan kaedah anasila teknikal, asas fundamental di atas tetap perlu diambil kira.
Jika para pelabur gagal menjawap kepada persoalan-persoalan di atas, maka itu adalah jawapan sebenar mengapa pelabur selalu rugi dalam pelaburannya.
Ilmu yang membezakan antara pelabur yang berjaya dan gagal.
Tanyalah kepada Conrad Alvin Lim seseorang pelabur berasal dari Singapura yang gagal beberapa kali, tetapi akhirnya menjadi pelabur yang berjaya setelah memperdalami ilmu pelaburan malah kini beliau adalah guru pelaburan. http://kursuspelaburansaham.blogspot.com
- Sabri Jalil
Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740
ReplyDelete