Saham spekulasi
ialah saham dimana harga digerakkan oleh berita yang disebarkan oleh pihak
tertentu dan belum pasti kesahihannya. Harga saham ini akan meningkat secara
mendadak apabila berleluasanya berita mengenainya. Selaras dengan kenaikan yang
mendadak maka kejatuhanya juga akan mendadak. Ini bermakna saham ini berisiko
tinggi tetapi keuntungan juga adalah tinggi dalam tempoh yang singkat. Ia selaras
dengan hukum pelaburan iaitu “semakin tinggi risiko, semakin tinggi keuntungan
dan semakin rendah risiko semakin rendah keuntungan”
Ingen, saham spekulasi yang memberi habuan lumayan dan memangsakan spekulator |
Saham spekulasi
sentiasa dinanti dan menjadi buruan spekulator iaitu pelabur yang suka
mengaut keuntungan yang cepat tetapi mengenepikan elemen fundamental dalam
membuat keputusan. Bila munculnya saham spekulasi ini ada pihak yang mengaut
keuntungan singkat dan lumayan tetapi tidak kurang juga mengalami kerugian “lumayan”.
Yang untung lumayan
pastinya dari mereka yang bijak menangkap dan yang rugi pula dari mereka yang
suka menangkap tetapi sering terperangkap. Untuk menjana untung melalui saham
spekulasi, ia bukan saja memerlukan
keberanian tetapi kebijaksanaan terutamanya dari segi “timing”. Petunjuk
teknikal amat berguna dan membantu anda dalam perkara ini. Ia akan memberi petunjuk
samada berita spekulasi tersebut masih peringkat awal dan belum mendapat reaksi
yang meluas yang mana ia adalah masa terbaik jika anda ingin membelinya . Atau, adakah ia
sudah mendapat reaksi yang luas dan harga sudah meningkat dengan cepat dan
tinggi dimana risikonya terlalu tinggi jika anda memasukinya.
Jika anda adalah
peminat saham spekulasi pastikan anda mempunyai kebijaksanaan dan
pengetahuan teknikal yang secukupnya. Jika tidak anda perlu menjauhi saham seperti
ini kerana ia tidak sesuai dengan anda. http://kursuspelaburansaham.blogspot.com