Thursday

Jangan Suka Menyedapkan Hati

Satu sikap merbahaya yang perlu dijauhi oleh pelabur ialah “jangan suka menyedapkan hati”.

Maksud ungkapan ini ialah anda sering memberitahu diri anda sendiri bahawa saham yang anda pegang sekarang akan meningkat semula walaupun kini sudah ada tanda-tanda akan jatuh berterusan. Anda terus memegangnya kerana saham tersebut masih dalam kedudukan rugi dan kerana takutkan rugi maka anda enggan melepaskannya. Untuk menyedapkan hati maka anda mengandaikan bahawa ia pasti akan meningkat semula dalam tempoh singkat walaupun andaian anda tiada asas yang kukuh, lantaran anda memujuk diri sendiri supaya jangan menjualnya sekarang.  

Tingkatkan ilmu pengetahuan anda dari masa ke semasa
supaya situasi seperti tidak selalu berlaku 
Untuk menjadi pelabur yang berjaya, sila hindari sikap negatif ini. Jika  saham yang anda beli mempunyai petunjuk akan jatuh berterusan dan tiada potensi untuk meningkat maka anda perlu bertindak menjual secepat mungkin walaupun dalam keadaan rugi. Memang benar akan rugi tetapi tindakan demikian akan mengelakkan anda mengalami rugi yang lebih besar. Tindakan ini dipanggil sebagai cut loss. Mungkin anda boleh membeli semula jika ada petanda bahawa harga akan meningkat semula tetapi kemasukan semula itu mesti bersandarkan kepada asas yang kukuh samada teknikal atau fundamental.

Sebaik-baiknya gunakan petunjuk teknikal sebagai panduan. Apapun anda perlu mengetahui bagaimana untuk membaca petunjuk teknikal yang sebenar tidak sukar. Petunjuk teknikal akan memberi isyarat kepada anda dari segi masa sesuai (timing) untuk membeli dan menjual.

Maka nasihat saya, pelajarilah ilmu petunjuk teknikal untuk menjadikan anda sebagai pelabur yang lebih berjaya.                        



1 comment:

  1. Cut loss adalah prinsip utama setiap pelabur.
    www.sahaminvestment.com

    ReplyDelete