Monday

Menangkap Jangan Sampai Terperangkap


Saham spekulasi ialah saham dimana harga digerakkan oleh berita yang disebarkan oleh pihak tertentu dan belum pasti kesahihannya. Harga saham ini akan meningkat secara mendadak apabila berleluasanya berita mengenainya. Selaras dengan kenaikan yang mendadak maka kejatuhanya juga akan mendadak. Ini bermakna saham ini berisiko tinggi tetapi keuntungan juga adalah tinggi dalam tempoh yang singkat. Ia selaras dengan hukum pelaburan iaitu “semakin tinggi risiko, semakin tinggi keuntungan dan semakin rendah risiko semakin rendah keuntungan”
Ingen, saham spekulasi yang memberi habuan lumayan
dan memangsakan spekulator

Saham spekulasi sentiasa dinanti dan menjadi buruan spekulator iaitu pelabur yang suka mengaut keuntungan yang cepat tetapi mengenepikan elemen fundamental dalam membuat keputusan. Bila munculnya saham spekulasi ini ada pihak yang mengaut keuntungan singkat dan lumayan tetapi  tidak kurang juga mengalami kerugian “lumayan”.

Yang untung lumayan pastinya dari mereka yang bijak menangkap dan yang rugi pula dari mereka yang suka menangkap tetapi sering terperangkap. Untuk menjana untung melalui saham spekulasi, ia  bukan saja memerlukan keberanian tetapi kebijaksanaan terutamanya dari segi “timing”. Petunjuk teknikal amat berguna dan membantu anda dalam perkara ini. Ia akan memberi petunjuk samada berita spekulasi tersebut masih peringkat awal dan belum mendapat reaksi yang meluas yang mana ia adalah masa terbaik jika anda ingin membelinya . Atau, adakah ia sudah mendapat reaksi yang luas dan harga sudah meningkat dengan cepat dan tinggi dimana risikonya terlalu tinggi jika anda memasukinya.

Jika anda adalah peminat saham spekulasi pastikan anda mempunyai kebijaksanaan dan pengetahuan teknikal yang secukupnya. Jika tidak anda perlu menjauhi saham seperti ini kerana ia tidak sesuai dengan anda.  http://kursuspelaburansaham.blogspot.com

1 comment:

  1. Spekulasi saham memang menarik tetapi hanya orang yang betul-betul tera dapat menguasainya.
    www.sahaminvestment.com

    ReplyDelete