Wednesday

Belum Bayar Tapi Boleh Jual Ke?

Bolehkah saya menjual saham yang telah saya beli sedangkan saya belum membuat bayaran kerana tempoh bayaran belum tiba?

Soalan di atas telah diajukan  oleh seorang pelabur kepada saya.

Apabila anda membeli saham, tempoh bayaran ialah 3 hari selepas tarikh pembelian. Tarikh tersebut dipanggil sebagai T+3. Kaedah pembayaran ialah samada melalui kaunter pembayaran syarikat broker saham atau melalui bank iaitu cek/tunai dikaunter atau pindahan ATM.

Bagi pelabur yang mempunyai trust account dengan syarikat broker saham pembayaran dibuat hanya dengan mendebitkan dari akaun tersebut.

Apabila saham dijual sebelum pembayaran untuk pembelian itu dibuat, jualan tersebut dipanggil sebagai dagangan kontra.

Jika harga jualan tersebut lebih tinggi daripada harga belian maka anda akan mendapat keuntungan dan untung tersebut dikenali sebagai untung kontra.  

Sebaliknya jika anda bertindak menjualnya dalam tempoh tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga belian, maka anda akan mengalami kerugian dan ia dipanggil sebagai kerugian kontra.

Kesimpulannya, tiada masalah bagi pelabur untuk menjual sahamnya walau belum membuat pembayaran ke atas saham yang dibeli sebelumnya.

- Sabri Jalil

2 comments:

  1. salam en.sabri.saya xbegitu jelas dengan kata2 en. yg pelabur boleh menjual sahamnya walaupun belum membuat pembayaran.bukankah maknanya saham tu bukan milik pelabur lg?masakan boleh dijual?

    ReplyDelete
  2. tempoh utk membayar selepas sesuatu saham itu dibeli ialah 3 hari selepas pembelian...dlm tempoh sebelum pembayaran pelabur boleh menjual...ini dikenali sebagai dagangan kontra...

    ReplyDelete