Monday

Apakah Saham?


Ramai diantara para pelabur, walaupun sudah lama berkecimpung dalam pelaburan saham masih tidak dapat memberi takrifan yang tepat berkenaan saham.

Malah ada juga yang menyalahgunakan perkataan saham dengan mengujudkan program-program tertentu untuk menjana keuntungan. Perkataan saham pernah digunakan oleh satu skim cepat kaya untuk memancing orang-ramai menyertainya.

Tidak mengapa, disini saya akan menerangkan apakah sebenarnya saham.

Saham ialah bahagian pemilikan dalam sesuatu perniagaan atau syarikat. Jika anda mempunyai saham dalam sesuatu syarikat walaupun hanya seunit, bermakna anda adalah pemilik kepada syarikat tersebut. Yang membezakan anda dengan pemegang saham yang lain ialah peratusan pemilikan keatas syarikat tersebut.

Perkataan lain bagi saham ialah ekuiti.

Apabila anda mempunyai saham atau ekuiti dalam syarikat anda layak untuk mendapat dividen yang dibayar oleh syarikat.

Saham syarikat ada yang tersenarai dan ada yang tidak tersenarai. Bagi saham yang tersenarai anda boleh membeli dan menjual di pasaran saham. Pasaran saham di Malaysia dikenali sebagai Bursa Malaysia. Dulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur atau BSKL.

Di pasaran saham, Bursa Malaysia contohnya, pelabur boleh mencipta keuntungan melalui turun naik harga pasaran. Ini adalah matlamat utama bagi kebanyakan pelabur saham di pasaran saham.

- Sabri Jalil

No comments:

Post a Comment