Bagaimana memulakannya?
Pelabur perlu membuka dua jenis akaun di mana-mana syarikat broker saham iaitu akaun CDS dan akaun urusniaga (trading account) .
a) Akaun CDS (Central Depository System)
Pelabur perlu membuka akaun ini terlebih dahulu sebelum mem buka akaun urusniaga. Ia boleh dibuka di mana-mana syarikat broker saham.Pelabur boleh membuka atau memiliki lebih dari pada satu akaun tetapi setiap satu mesti dibuka dengan sya rikat broker saham yang berlainan.Akaun CDS berperanan untuk mendeposit serta menyimpan skrip-skrip saham yang dibeli.Se tiap saham yang dibeli akan dikreditkan atau dimasukkan secara automatik ke dalam akaun CDS. Sementara saham-saham yang dijual pula akan didebitkan atau dikeluarkan secara automatik.
b) Akaun urusniaga (Trading account)
Selain akaun CDS, pelabur dimestikan membuka akaun urusniaga (trading account). Tanpa akaun ini urusniaga jual beli saham tidak dapat dilakukan oleh remisier. Seperti juga akaun CDS, pelabur dibenarkan memiliki lebih daripada satu akaun urus niaga tetapi setiap satu akaun mesti dibuka dengan syarikat broker saham yang berlainan. Tiada bayaran dikenakan untuk membuka akaun ini.
c) Bagaimana berurusniaga?
Asalkan pelabur sudah mempunyai kedua-dua akaun tersebut di atas, pelabur boleh mengarahkan remisier atau wakil peniaga saham untuk menjual atau membeli saham-saham pada harga dan jumlah yang diingini. Arahan boleh dibuat melalui telefon dan sebagainya. Ketika berurusniaga, pelabur perlu memberi tahu nombor akaun urusniaga.
d) Masa urusniaga
Urusniaga dikendalikan oleh BSKL
Sessi pagi : 9.00am hingga 12.30pm
Sessi petang : 2.30pm hingga 5.00pm
Dapatkan pandangan tentang pelaburan saham dari Sabri Jalil, 013-7233600
salam en sabri....saya dah lama minat pasal saham, tp tiada pendedahan...mcm mana nak tentukan kita nak buat urus niaga jual atau beli? adakah en sabri seorang remizer?
ReplyDeletesy xde kenalan yg blh bimbing utk main saham...
ya saya seorang remisier. Sebelum memulakan urusniaga anda perlu membuka akaun CDS dan akaun urusniaga terlebih dahulu. Setelah akaun-akaun tersebut dibuka anda boleh menjalankan urusniaga melalui remisier bila-bila masa melalui telefon.
ReplyDeletemembuka akaun dengan Kenanga, anda boleh mengakses senarai harga-harga saham secara "live". Selain itu kami akan bekalkan maklumat tentang saham-saham yang direkomenkan untuk dibeli yang mana kajian dibuat oleh para penganalisis.
Anda juga boleh mendapatkan pandangan remisier mengenai saham yg berpotensi...
Untuk maklumat lanjut boleh emaikan pada saya: sabrijal@gmail.com