Monday

Astro, Satu Lagi Durian Runtuh?


Saham Astro telah digantung daripada dagangan hari ini, 20 Julai 2009. Penggantungan berlaku hanya pada sessi pagi dan didagangkan semula pada sessi petang. Penggantungan adalah untuk memberi laluan tentang pengumuman penyusunan semula korporat yang melibatkan pelepasan pemegangan anak syarikat Astro di Indonesia dan India yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Pelupusan tersebut dijangka akan meringankan beban Astro dan meningkatkan kecekapan operasi Astro. Kesan daripada penyusunan semula ini, Astro akan mengembalikan modal kepada para pemegang sahamnya sebanyak RM1.00 sesaham.

Adakah wajar para pelabur membeli saham Astro sekarang?

Pada hari ini saham Astro ditutup pada harga RM3.44 iaitu 20 sen lebih rendah daripada harga sebelum penggantungan iaitu RM3.62.

OSK Research melaporkan saham Astro wajar untuk dibeli dan menetapkan sasaran pada harga RM4.20 sesaham.

Selain daripada peluang untuk membeli pada harga lebih rendah daripada sebelumnya, para pelabur akan meraih untung daripada pemulangan semula modal yang merupakan satu lagi durian runtuh selepas TM melakukan perkara yang sama. Selain itu pelabur juga akan meraih keuntungan daripada potensi kenaikan harga pada masa akan datang.

Kesimpulannya, saham Astro wajar dibeli.

- Sabri Jalil


No comments:

Post a Comment