Monday

Peluang Dalam Krisis


Baru-baru ini dalam acara Minggu Amanah Saham Malaysia di Johor Bahru, PNB telah mengumumkan unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) berjumlah 3.33 billion unit dan 2 billion unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW). Jumlah keseluruhan unit tambahan tersebut ialah 5.33 billion unit.

Setiap unit amanah bernilai RM1.00, bermakna ia bernila RM5.33 billion dan jumlah itulah yang akan dikutip oleh PNB dan kemudian dilaburkan supaya memberi pulangan kepada pelabur amanah saham.

Apakah mesej disebalik penerbitan unit tambahan tersebut?

Tindakan PNB memberi mesej bahawa dalam kegawatan ekonomi sekarang ia adalahpeluang untuk membeli saham-saham tersenarai di pasaran saham kerana harganya yang lebih rendah berbanding sebelumnya. Masih banyak saham-saham yang mempunyai asas kewangan yang kukuh tetapi harga pasarannya masih berada dibawah nilai sebenar.

Saham tersebut akan dijual apabila harga pasarannya mencapai tahap harga sebenar untuk meraih keuntungan dan kemudiannya diagih kepada pemegang unit amanah saham dalam bentuk dividen. Biasanya harga saham berkenaan akan mencapai nilai sebenar bila berlakunya pemulihan ekonomi.

Bagi pelabur individu yang ingin dan sedang menceburkan diri dalam pelaburan di pasaran saham langkah PNB seharusnya dijadikan panduan iaitu

“Beli ketika berlaku kejatuhan harga, jual ketika berlaku kenaikan harga”

Saya teringat pesanan pelabur terkemuka dunia, Warren Buffet (gambar) “terdapat peluang dalam krisis” . Adakah kita nampak peluang tersebut?

- Sabri Jalil

No comments:

Post a Comment