Monday

Saham Dan Amanah Saham, Apa Bezanya?



Masih ramai dikalangan masyarakat kita tidak dapat membezakan diantara saham dan amanah saham, agak mengejutkan ia termasuk dikalangan mereka dari golongan profesional dan yang berpendidikan tinggi.
Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita masih asing dengan ilmu kewangan yang seharusnya mereka kuasai sebagaimana masyarakat lain dimana penguasaan ilmu kewangan mereka amat baik sekali.
Bagi setengah masyarakat kita, saham dan amanah saham adalah sama. Kefahaman mereka mungkin berdasarkan andaian namanya yang hampir sama. Malah kedua-duanya juga adalah alat pelaburan. Maka bagi mereka amanah saham itu adalah saham.
Diringkaskan, amanah saham ialah dana yang dikumpulkan dari para pelabur oleh pengurus dana (seperti PNB) yang kemudiannya dilaburkan olehnya bagi pihak pelabur.
Semua atau sebahagian daripada dana yang dikumpulkan akan dilaburkan dalam pasaran saham yang selebihnya mungkin dilaburkan dalam sektor lain seperti hartanah, saham tak tersenarai dan lain-lain lagi.
Keuntungan dari pelaburan yang diuruskan oleh pengurus dana akan diagihkan kepada pelabur dalam bentuk dividen.
Amanah saham ada yang berharga tetap, contohnya ASB. Ada juga amanah saham yang berharga tidak tetap.
Bagi amanah saham yang berharga tetap, pelabur akan mendapat keuntungan dalam bentuk dividen.
Bagi amanah saham yang berharga tidak tetap pula, pelabur akan mendapat keuntungan dalam bentuk dividen dan kenaikan harga.
Namun amanah saham yang berharga tidak tetap mempunyai risiko kerana harganya bergerak mengikut pergerakan pasaran saham. Maka, kebijaksanaan adalah perlu sebelum melabur dalam amanah saham berharga tidak tetap.

- Sabri Jalil

No comments:

Post a Comment